Sunday, May 11, 2008

MIA Staff Trip 2006

Serai di Lanjut Beach Resort, destinasi percutian MIA pada tahun 2007. Terletak berhampiran Endau Rompin dan memakan masa selama 5 jam menaiki bas dari Kuala Lumpur. Berbagai aktiviti yang dijalankan namun banyak yang kami tak sertai pada hari pertama (sebaik sampai) kerana anak keletihan. (maknya juga :-) ).

Yang bestnya masa tu, time makan. Memang mewah giler. Aleeyapn makan banyak masa tu. Maklumlah dah free katakan, so bedal sajalah...

Friday, May 2, 2008

Detik cemas dan gembira

Tanggal 09/07/05 adalah saat paling cemas dalam kehidupan kami berdua.

Isteri saya disahkan menghadapi masalah untuk melahirkan anak oleh doktor dan dikehendaki pergi segera ke Hospital Ipoh pada tgh malam 06/07/05 bagi membolehkan pembedahan segera dilakukan untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih serius.

Namun pada petang 09/07/05, detik cemas meyelubungi Dewan Bersalin apabila denyutan nadi bayi kami semakin lemah dan kadangkala berhenti. Pembedahan segera perlu dilakukan oleh doktor pakar bagi menyelamatkan nyawa kedua2nya.

Dengan izin Allah s.wt., kedua2 nya selamat dan dikurniakan seorang puteri comel, Nur Syamimi Aleeya. Isteri dan puteri kami dibenarkan keluar wad pada petang 12/07/05.

Kehilangan...

Pada Mei 2004, masa tu my wife mengandung hampir 2 1/2. Dia pulang ke kampung utk menolong perkahwinan kawan yg mana juga saudara terdekat dia. Perjalan menaiki bas mengambil masa hampir 8 jam dengan Transnasional cukup memenatkan sebelum sampai ke KB.

Beberapa hari selesai kenduri, tetiba dapat panggilan dari dia mengatakan dia ada ketulan darah kuar. sebelum dia terasa sakit perut sangat. Masa tu saya terdiam seribu bahasa. Apabila ke Pusat Perubatan Islam di sana, disahkan kandungan telah tiada dan kena cuci bagi membuang sisa yang tertinggal.

Dah takde rezeki, nak buat camna. kena redha dengan kehendak illahi.