Tanggal 9 Julai 2008, genap anak kami Aleeya 3 tahun. Sedar x sedar, anak kami semakin membesar tanpa disedari. Dan begitu jualah kami semakin hari semakin 'muda'.
Aleeya semakin pandai demand. Macam2 dia nak. Kekadang payah nak pujuk. Bak kata orang tua2, "Kalau dah hitam tu, hitam ler". Nak buek camno, dah dia sorang2 jer, so jadi anak manja ler. Semua mainan dia punya. Takde persaingan.
Pada 4 Julai 2008, bapa mertua mengadakan solat hajat dan selamat untuk Aleeya dan juga genap 100 hari pemergian nenek Yanie. Kami xberkesempatan balik pada malam itu kerana wifeku ada sukan CEC Olympiads keesokan hari di Stadium Putra, Bukit Jalil. Dengar khabar ramai juga yang hadir malam tu.
Apa pun kepada Aleeya, SELAMAT HARI JADI. Nanti papa belikan hadiah (hjg bulan ler..). Jangan nakal sangat.