Friday, December 5, 2008

Selamat Pengantin Baru

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menempuh gerbang perkahwinan buat dua sahabat sekerjaku, Fazly & Fazillah dan pasangan masing2.

Semoga jodoh kalian berpanjangan dan ingatlah saling bertolak ansur dalam semua perkara amat penting bagi menjamin keharmonian rumahtangga yang baru dibina. Jangan cepat melatah. Banyakkan bersabar.

Finally... I'm back

Setelah sekian lama menyepi akhirnya aku kembali.

Alhamdulilah semua tugasan yang diberikan berjalan dengan jayanya. National Accountants Conference (NAC) 2008 berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur Convention Centre selama 2 hari (25-26 November).

Congratulations to all staff to make it a successful ever.




Sunday, November 16, 2008

.my Training

Aku telah menghadiri Training bermula 10-13 November yang lalu. Training tersebut lebih kepada persediaan bagi mengadaptasi IPv6 dalam DNS dan Security.

Alhamdulilah semua berjalan lancar walaupun Training tersebut lebih kepada Unix/Linux system. But at least I learn something new. Anyway niceknowing all the participants and all the trainers.

Monday, October 27, 2008

Happy Diwali

We would like to take this opportunity , to wish all our Indian friends Happy Deepavali.

Bersukaria di Taman KLCC






Monday, October 20, 2008

Zaman persekolahan

Tiba2 terkenang kembali zaman persekolahan. Aku sering berpindah dari sebuah sekolah ke sekolah lain. Sekolah rendah sahaja 3 iaitu Sek Keb Raja Di-Hilir Ekram, Sek Keb Pengkalan Pegoh dan Sek Keb Sungai Rokam yang mana semuanya terletak dalam Bandaraya Ipoh.

Manakala sekolah menengah pula dari Tkt 1 -3, aku belajar di Sek Raja Chulan (SRC), betul2 di antara Politeknik Ungku Omar dan Maktab Perguruan Jalan Dairy. Maktab Perguruan telah berpindah dan kini menjadi kampus Politeknik. Selepas dpt keputusan SRP yang agak baik aku diterima masuk ke Sek Men Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (SMRPB) terletak di Manjoi. Bermulalah kehidupan sebagai pelajar asrama penuh (kerajaan negeri).

Belek2 album lama aku terjumpa gambar masa di SMRPB. Jadi aku uploadkan beberapa keping untuk dikongsikan bersama. Gambar2 masa sekolah rendah rasanya entah ke mana sebab asyik berpindah-randah.



anak siapa ni... ehhhhh??



Walimatulurus

Insyallah tanggal 11 Disember 2008 bersamaan 13 Zulhijjah 1429 ini, adik iparku Nur Arina bakal bergelar seorang isteri.

Semalam adik ipar ajak kami sekeluarga ke Pertama Complex utk tengok design kad jemputan. It's really look nice. Siap dengan banner lagi.

Senantiasa ingatlah bahawa alam percintaan dan perkahwinan adalah dua alam yang amat berbeza. Tolak ansur & saling faham memahami antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan yang paling utama. Tanpanya runtuhlah tiang masjid yang telah dibina.

Kami sekeluarga berdoa semoga ikatan perkahwinan yang bakal dibina kekal selamanya dan dikurniakan zuriat yang comel2.

Snippets Jemputan Rumah Terbuka

18 Oktober 2008







19 Oktober 2008





Saturday, October 18, 2008