Tiba2 terkenang kembali zaman persekolahan. Aku sering berpindah dari sebuah sekolah ke sekolah lain. Sekolah rendah sahaja 3 iaitu Sek Keb Raja Di-Hilir Ekram, Sek Keb Pengkalan Pegoh dan Sek Keb Sungai Rokam yang mana semuanya terletak dalam Bandaraya Ipoh.
Manakala sekolah menengah pula dari Tkt 1 -3, aku belajar di Sek Raja Chulan (SRC), betul2 di antara Politeknik Ungku Omar dan Maktab Perguruan Jalan Dairy. Maktab Perguruan telah berpindah dan kini menjadi kampus Politeknik. Selepas dpt keputusan SRP yang agak baik aku diterima masuk ke Sek Men Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (SMRPB) terletak di Manjoi. Bermulalah kehidupan sebagai pelajar asrama penuh (kerajaan negeri).
Belek2 album lama aku terjumpa gambar masa di SMRPB. Jadi aku uploadkan beberapa keping untuk dikongsikan bersama. Gambar2 masa sekolah rendah rasanya entah ke mana sebab asyik berpindah-randah.
Monday, October 20, 2008
Zaman persekolahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment