21 Ogos 2008, aku dikejutkan panggilan telefon dari luar sedangkan masa itu aku baru sahaja tiba di pejabat.
Rupanya perkabaran kurang menyenangkan. Isteriku baru sahaja menerima panggilan dari kampung yang mengatakan sepupunya yang sebelum ini belajar di Kolej Pembantu Perubatan, Tanjung Rambutan terlibat dalam kemalangan, dilanggar sebuah lori semasa hendak ke tempat praktikal beliau di Kelantan.
Isteriku menangis teresak-esak setelah mendapat berita sepupunya meninggal dunia di tempat kejadian. Aku kelu tidak terkata. Peristiwa kemalangan abah bermain difikiran. Segalanya bercelaru. Isteriku memujuk untuk pulang segera ke Kelantan. Memandangkan hampir dengan hujung bulan sememangnya duit dah kering. Nasib baik ada rakan sepejabat yang memahami dan bermurah hati memberikan pinjaman bagi keperluan kami untuk pulang.
Aku terus pulang ke rumah untuk mengambil keluarga dan seterusnya pulang ke Kelantan. Sepanjang perjalanan, bapa mertua beberapa kali menelefon bertanya di mana kami berada. Lebih kurang pukul 1.30 tgh, kami dibeitahu jenazah telah dibawa pulang ke rumah dan akan disembahyangkan dan seterusnya dikebumikan memandangkan keadaan jenazah...
Beliau merupakan seorang yang taat kepada orang tua dan kuat beramal ibadat. Semoga roh beliau tergolong dalam orang-orang beriman dan diampunkan segala dosa.
AL-FATIHAH..