Genap 57 tahun umur abah sekiranya.....
Namun, tanggal 11-11-01 tarikh yang takkan ku lupakan seumur hidupku.
Lebih kurang 4.30 ptg aku menerima berita bahawa abah kecelakaan. Kemalangan kereta. Aku bergegas pulang ke Ipoh (ketika itu aku bertugas di KLIA). Namun sebaik sahaja aku sampai berhampiran Slim River, mak menelefon mengatakan bahawa abah telah pergi untuk selamanya. Aku terkedu seribu bahasa, terdiam dan hanya mampu mengucapkan, Innalillah...
Aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah sahaja memandangkan jenazah akan di bawa pulang dari Kuala Kangsar dan tiada orang di rumah. Tepat jam 11.30 mlm barulah jenazah selamat tiba di rumah kerana kesesakan di Tol Jelapang juga disebabkan kemalangan maut. Aku diam tak terkata melihar sekujur tubuh diusung masuk ke rumah. Setelah beberapa lama barulah ada yang berani untuk membuka kain bahagian muka arwah yang berlumuran darah. Rasanya saat tersebut aku hampir pengsan melihat abah tidak lagi bernyawa terbaring di hadapanku.....
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati Allah s.w.t. AL-FATIHAH...

Dalam kenangan. Gambar arwah Abah di klinik sebelum meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment